Datu Hii Chang Kee Mengadakan Lawatan Kerja Rasmi Ke UKAS

KUCHING: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Bangunan Baitul Makmur 1 di sini pada Jumaat.

Lawatan kerja rasmi tersebut adalah sebagai usaha beliau untuk mengambil maklum lebih terperinci tentang peranan dan fungsi UKAS secara keseluruhannnya.

Dalam pada itu, lawatan kerja berkenaan juga bagi membolehkan beliau mengetahui secara dekat isu-isu dan cabaran-cabaran UKAS ke arah menjadi pemangkin kepada komunikasi awam Sarawak dan media rasmi utama di negeri ini.

Kehadiran beliau sekitar jam 8.50 pagi telah disambut oleh Pemangku Pengarah UKAS, Samuel Simon serta pengurusan tertinggi UKAS.

Sejurut selepas tiba, Datu Hii Chang Kee diberi taklimat berkaitan pengoperasian sub-sub seksyen di UKAS.

Beliau seterusnya berkesempatan meninjau keadaan pejabat UKAS dan juga Studio Berita UKAS yang digunakan untuk pengoperasian bilik berita.

Untuk rekod, Datu Hii Chang Kee dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) berkuatkuasa 3 Januari 2023.

Selain UKAS, Datu Hii Chang Kee turut bertangunggjawab ke atas Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak (SSMU) serta Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS). -Edisi UKAS

add comment