Kenyalang Park Kembali Meriah Dengan Bazar CNY

SABTU, 7 JANUARI 2023

KUCHING: Kenyalang Park kembali meriah dengan aktiviti Bazar Tahun Baru Cina (CNY) yang menampilkan gerai-gerai dari pelbagai bangsa dan agama serta pelbagai makanan tempatan. 

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, bilangan peniaga daripada masyarakat pelbagai di Kuching telah meningkat berbanding tahun lepas.

“Ia merupakan petanda positif pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19 dan bazar perayaan ini menyediakan platform kepada pemilik kedai dan peniaga luar untuk berniaga.

“Selain itu, ia merupakan peluang ekonomi yang diwujudkan untuk rakyat Sarawak bagi memperoleh pendapatan tambahan. 

“Saya berharap agar dapat melihat lebih ramai orang menyertai perniagaan kecil seperti ini sambil kita terus membantu dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kenyalang Park CNY Bazar di sini pada Sabtu. 

Dato Wee dalam pada itu berharap agar bazar seperti ini diadakan dari semasa ke semasa supaya para peniaga dapat mempamerkan produk tempatan.

Pesta perayaan di Kenyalang park ini menampilkan 225 gerai, termasuk kedai sedia ada dan akan berlangsung selama 16 hari sehingga 21 Jan ini. 

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Hilmi Othman, setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tan Kai serta ahli majlis MBKS.-EDISI UKAS 

add comment