1,239 Graduan Dirai Dalam Majlis Konvokesyen CENTEXS Ke-7

RABU, 11 JANUARI 2023

KUCHING: Seramai 1,239 graduan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menerima sijil kemahiran mereka dalam Majlis Konvokesyen CENTEXS Ke-7 di sini pada Rabu.

Menurut Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, majlis konvokesyen yang diadakan selama tiga hari bermula pada Rabu hingga Jumaat itu menyaksikan seramai 971 graduan adalah daripada Akademi Industri dan 268 graduan dari Akademi Digital.

“Daripada jumlah 1,239 itu, 34 adalah graduan universiti dan 937 adalah sekolah lepasan dari Akademi Industri (IA), bersama 45 graduan universiti dan 223 lepasan sekolah dari Akademi Digital.

“Hari ini dan dua hari akan datang, para graduan ini menamatkan pengajian daripada 39 program daripada keseluruhan 64 program yang ditawarkan oleh CENTEXS dengan fokus bidang dalam Digital, Minyak & Gas, Elektrik, Pembinaan, Smart and Precision Farming, Teknologi Fesyen, Warisan, Hospitaliti dan Pelancongan. 

“Ini adalah program yang diperakui Kebangsaan dan Antarabangsa daripada industri pemimpin termasuk Schlumberger (SLB), TWI CSWIP, Huawei, EON Reality, Keysight dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam majlis konvokesyen berkenaan.

Dalam pada itu,Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi juga memberitahu, sejak majlis konvokesyen CENTEXS yang pertama pada tahun 2015 sehingga Konvokesyen ketujuh itu, CENTEXS telah melahirkan seramai 4,395 graduan.

Selain itu beliau turut mendedahkan, CENTEXS telah berjaya mencapai 94 peratus kebolehpasaran pada Julai 2022.

Beliau juga turut memaklumkan, CENTEXS telah berjaya mencapai 94 peratus kebolehpasaran pada Julai 2022.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1 Datuk Dr. Annuar Rapaee, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussien, Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan dif-dif jemputan yang lain.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia