Pentas Teater Mini Muzikal Sarawak Harus Berkembang Maju Ikut Peredaran Zaman

KHAMIS, 12 JANUARI 2023

KUCHING: Pementasan teater mini muzikal Sarawak harus berkembang terus ke hadapan mengikut peredaran zaman agar mendapat lebih banyak sokongan daripada rakyat Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, pementasan bagi teater muzikal ini masih lagi baharu dan perlu dipergiatkan bagi membolehkan penggiat industri tempatan mempromosikan karya mereka.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media teater mini muzikal Sarawak di Penview Hotel, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, pementasan teater ini mendapat dana daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

“Pada cadangan asalnya, pementasan ini diadakan pada bulan Disember yang lepas tetapi oleh kerana masalah teknikal dan logistik yang tidak mengizinkan maka pementasan ini akhirnya dipentaskan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada 13 dan 14 Januari 2023,” katanya.

Menurut beliau lagi, pementasan teater mini muzikal itu bertujuan memberi ruang kepada masyarakat untuk datang bersama memeriahkan persembahan dan meneruskan agenda pembangunan kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan di Sarawak.

Ia akan dimeriahkan dengan penampilan pelakon utama yang terdiri daripada penggiat seni Sarawak iaitu Azam Pitt, Elya, Lan Perey, Shahrul Iskandar, Saiful Bahri dan Wayne. 

Sementara itu, seramai 50 penggiat seni membabitkan pelakon, penari, pemuzik, tenaga produksi dan pengurusan daripada berbagai latarbelakang terlibat dalam pementasan diadakan hari ini di Fakulti Seni Gunaan Kreatif (FSGK) di UNIMAS. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia