113 Penerima Di Serian Terima Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina

ISNIN, 16 JANUARI 2023

SERIAN: Seramai 113 penerima di bahagian Serian telah menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akan datang.

Pemberian sumbangan tersebut telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn dalam Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Pertubuhan Peningkatan Akhlak Che Han Khor di Serian pada Ahad.

Menurut Datuk Roland Sagah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, seramai 113 orang penerima tersebut adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Untuk rekod, majlis ini merupakan aktiviti tahunan pertubuhan tersebut dalam membantu meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia