Dataran Temenggung Haji Kadir, Beladin Pusat Ekonomi Penduduk Setempat

ISNIN, 16 JANUARI 2023

PUSA: Dataran Temenggung Haji Kadir, Beladin yang dulunya lengang kini sibuk menjadi tumpuan pusat ekonomi kepada penduduk di kawasan Pusa.

Kawasan tertelak berhampiran dengan Tebingan Sungai Beladin dan Sungai Saribas, Pusa itu rancak dengan pelbagai aktiviti perniagaan peniaga tempatan termasuk golongan belia yang mahu menjana pendapatan.

Melihat perkembangan positif itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor menyokong penuh agar kawasan itu dibangunkan untuk memberi kemudahan yang selesa kepada para niaga mengambil peluang meningkatkan pendapatan mereka.

Selain itu, pelbagai program telahpun di rancang oleh Persatuan Niaga Dataran Temenggung Haji Kadir untuk memeriahkan serta menarik minat para pengunjung agar hadir di Dataran Temenggung Haji Kadir, Beladin ini.

Ramai peniaga di kawasan ini mengambil peluang untuk berjual produk makanan tempatan khasnya penduduk di kampung Beladin sekali gus dapat meningkatkan ekonomi penduduk kampung Beladin, Pusa.

Peniaga tempatan di sekitar kampung Beladin, Semarang dan Spinang juga diseru mengambil peluang ini untuk berniaga serta mempromosikan produk tempatan untuk meningkatkan pendapatan sekali gus merancakkan sektor ekonomi penduduk setempat. – EDISI UKAS

add comment