SELASA, 17 JANUARI 2023
GEDONG: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee telah santuni keluarga di Gedong yang ditimpa musibah penyakit kronik dan terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Isnin.
Beliau telah mengunjungi tiga kampung, iaitu Kampung Sengkalan, Kampung Semalatong dan Kampung Sibau Rumbau bagi menyampaikan sumbangan yang diperlukan untuk meringankan beban ahli keluarga.
Ahli keluarga mangsa juga merakamkan ucapan terima kasih atas inisiatif beliau menghulurkan bantuan.
Selain itu, Rodiyah juga berkesempatan meninjau keadaan Gereja Good News Fellowship dan Dewan Masyarakat Kampung Sengkalan yang memerlukan kerja menaiktaraf.
Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan Gedong, Jamaluddin Ismail dan Tuai Rumah Kampung Sengkalan, Chumbin @ Chulin Tambi. -EDISI UKAS