TYT Serta Isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Selamat Tiba Di Kuching Bawa Pulang Anugerah Nona VIP Award

ISNIN, 17 JANUARI 2023

KUCHING: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib selamat tiba di Hornbill Skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 8.50 malam ini.

Ketibaan Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri telah disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) , Dato Gerawat Gala ,Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

Kepulangan beliau adalah untuk menyambung khidmat sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak selepas beristirahat selama sebulan di luar negeri.

Pada 11 Januari lepas, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah dianugerahkan Nona VIP Award sempena Anugerah pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022 yang telah diadakan di Kuala Lumpur.-EDISI UKAS

add comment