UTS jalin kerjasama dengan Universiti Book Store Sedia Bacaan Digital

JUMAAT, 20 JANUARI 2023

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapa’ee telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kerjasama di antara Universiti Book Store Sdn Bhd dengan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka merangkap Pengerusi UTS, menyifatkan, ‘Extension Online Subscription of Press Reader & Britannica’ itu, sebagai sesuatu yang baik dalam pembacaan digital untuk mendidik para pelajar menggunakan teknologi selain bahan bacaan secara manual.

“Pengetahuan tidak datang begitu sahaja tanpa membaca. Bahan bacaan seperti ini amat digalakkan di institusi-institusi kita termasuk dengan KLT dan WIS kerana ia memberi manfaat dari segi berkongsi maklumat untuk kebaikan dan faedah bersama,” katanya.

Tambahnya, program yang diperkenalkan ini bukan sahaja berasaskan teknologi dan sebagainya tetapi juga program berkaitan seni dan sosial.

‘Press reader’ itu mengandungi 7,000 akhbar dan majalah yang mempunyai lebih 60 bahasa berbentuk digital melalui aplikasi iOS, Windows, Mac dan sebagainya untuk dijadikan bahan bacaan ketiga-tiga institusi tersebut.

Sementara itu, turut disempurnakan ialah pelancaran program akademik baharu di UTS iaitu Sarjana Pengurusan Pembinaan, Program Penyelidikan dan Sarjana Muda Pembangunan Permainan Mobil.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif KLT Eric Wong, Pengetua WIS Yong Choo Tiong dan Pengarah Urusan Universiti Books Store (M) Sdn Bhd (UBS) Keith Thong.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia