ADUN Lingga Tidak Lepas Peluang Buat Kunjungan Tahun Baharu Cina

ISNIN, 23 JANUARI 2023

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di sekitar konstituensinya pada Ahad.

Beliau bersama rombongan Wanita PBB N28 Lingga telah telah mengadakan kunjungan ke kediamaan Temenggong Kueh Aik Seng bermula jam 9.30 pagi.

ADUN Lingga itu turut berkesempatan untuk beramah-mesra dengan ahli keluarga Temenggong Kueh serta menjamu juadah yang telah disediakan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kunjungan sempena perayaan penting bagi mengeratkan semangat muhibah di kalangan masyarat pelbagai kaum di negeri ini dalam meraikan kepelbagaian budaya yang berbeza.

Beliau juga berharap kehadiran tahun arnab ini akan dapat menyatupadukan semua bangsa untuk bersama membangunkan semula negara dan khusus Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

add comment