SELASA, 24 JANUARI 2023
MIRI: Golongan kurang berkemampuan di Miri telah menerima sumbangan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Sumbangan disampaikan oleh isteri Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dalam Majlis Jalinan Kasih Tahun Baharu Cina di Marriot Hotel and Spa Miri pada Selasa.
Dalam majlis berkenaan, sumbangan telah disampaikan kepada seramai 100 orang penerima.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan isteri Menteri Pengangkutan Sarawak Datin Sri Kong Shui Lin.
Untuk rekod, Majlis Jalinan Kasih Tahun Baru Cina ini merupakan hasil idea Toh Puan Datuk Patinggi Raghad sendiri yang bergiat secara aktif dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.-Edisi UKAS