Lukanisman Tinjau Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Di Lapangan Terbang Miri

RABU, 25 JANUARI 2023

MIRI: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Lukanisman Awang Sauni melakukan tinjauan ke program pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di Lapangan Terbang Miri pada Rabu.

Beliau memaklumkan, program itu adalah secara “walk-in” untuk warga kerja Lapangan Terbang Miri serta orang awam.

“Pejabat Kesihatan Bahagian Miri mengadakan pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 secara “walk-in” di Lapangan Terbang Miri kepada warga kerja Lapangan Terbang Miri dan orang awam.

“Program ini diadakan sehingga jam 4:30 petang,” katanya dalam hantaran akaun Facebook milik beliau yang dimuatnaik pada Rabu.

Dalam tinjauan Ahli Parlimen Sibuti itu, beliau telah mendapatkan penerangan daripada warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pembuka kaunter vaksinasi itu.

Lawatan beliau turut disertai oleh Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusof.-Edisi UKAS

add comment