SMK Agama Dapat Peruntukan Khas Beli Bas Sekolah

RABU, 25 JANUARI 2023

MIRI: Selaras dengan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan masyarakat termasuk dari segi pendidikan, geran khas berjumlah RM770,880 telah diperuntukkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama.

Geran khas yang diperuntukkan oleh Premier Sarawak ini bertujuan membolehkan pembelian bas sekolah untuk kegunaan sekolah itu.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat telah menyempurnakan penyerahan cek simbolik bagi geran tersebut dalam satu majlis ringkas di Restoran Jinhold di sini pada Rabu.

Cek simbolik itu diserahkan oleh beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Agama Marini Juraibi sambil disaksikan oleh Pengetua SMK Agama Ustaz Fauzi. -Edisi UKAS

add comment