15 NGO Terima Sumbangan Dana Berjumlah RM118,000

JUMAAT, 27 JANUARI 2023

KUCHING : Sebanyak 15 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan dana berjumlah RM118,000.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Tingkat 3, Bangunan Baitul Makmur, Medan Raya di sini pada Khamis.

Menurut Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, sumbangan dana ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut bagi membantu Pertubuhan Bukan Kerjaan (NGO) menjalankan aktiviti tahunan yang telah dirancang.

Dalam pada itu, beliau berpesan kepada setiap penerima agar menggunakan dana ini dengan sebaik mungkin yang boleh memberi manfaat kepada setiap ahlinya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Antara NGO yang menerima sumbangan itu ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Chung Hua, Persatuan Guru-Guru Al-Quran, Kelab ZDance Kuching, Tabung Kebajikan dan Sosial Pejabat Daerah Kuching, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Kumpulan Zikir dan Hadrah An-Nur dan Kolej Matrikulasi Sarawak.

Turut menerima Kelab Sosial Kakitangan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Negeri, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan, Kelab Muaythai SS Fighters Petra Jaya, Kumpulan Zikir Rohairi, Persatuan Kumpulan Zikir Suara Bakti, Kesatuan Pembantu Makmal (Pelajaran) Negeri Sarawak, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sri Muara dan Kelab Institusi Kakitangan Kebajikan Taman Seri Putri Kuching.-EDISI UKAS 

add comment