Majlis Sekalung Budi SCS Raikan Sumbangan Cemerlang 22 Orang Mantan Penjawat Awam

SABTU, 28 JANUARI 2023

KUCHING: Seramai 22 mantan anggota Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) diraikan bagi menghargai sumbangan mereka sepanjang berkhidmat dengan perkhidmatan awam.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, majlis berkenaan diraikan secara serentak untuk 22 orang mantan penjawat awam terbabit bagi menghargai serta mengenang jasa mereka terhadap kepimpinan di Sarawak.

“Bagaimanapun dengan berkat kerjasama dengan kepimpinan politik maka kita sama-sama memberi perkhidmatan sejajar dengan hasrat Premier Sarawak utnuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sekalung Budi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada malam Sabtu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Majlis tersebut adalah sebagai penghargaan kepada 22 bekas penjawat awam yang pernah menjawat Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak( Operasi) Datu Dr Sabariah Putit, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Datu Abdul Ghafur Shariff, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Datu Romie Sigan Daniel, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datu Kameri Affandi, Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datu Dr Rashidah Bolhassan, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Datu Abdillah Adam dan Datu Jabidah Monseri , Residen Samarahan, Datu Brahim Lumpu, Pengarah Jabatan Pengaliran dan Salian Sarawak, Datu Chok Moi Soon, Pengarah Unit Pentadbiran , Datu Nicholas Sia, Residen Sibu, Charles Siaw, Risiden Limbang, Sebi Abang, Residen Mukah Hamdiah Bakir, Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri, Abdul Rahman Sebli Senusi, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dr. Alvin Chai Lian Kuet, Pengarah Muzium, Tazudin Mohtar, Pengarah Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh, Jack Meredu Ko, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Norita Bawi, Pemangku Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Rozaini Mohammad Zahir, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Dr Peter Songan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Sharkawi Amit dan Setiausaha Majlis Adat Istiadat, Salang Manjan.

Hadir sama dalam majlis ini ialah isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan Sarawak dan dif-dif jemputan yang lain. -EDISI UKAS

add comment