SABTU, 28 JANUARI 2023
ENGKILILI: Masyarakat di Engkilili diseru untuk terus bekerjasama dengan pihak kerajaan demi pembangunan setempat.
Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata, semua pihak terutamanya para belia juga harus berganding bahu untuk memajukan kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat Cina yang terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lepas.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Dan Upacara Angkat Sumpah AJK Pemuda Dan Wanita Persatuan Hakka Engkilili di Dewan Serba Guns Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili, pada Jumaat.
Dalam program sama, Roy menyerahkan cek berjumlah RM10,000 untuk Persatuan Hakka dan RM5,000 untuk Persatuan Wanita. -EDISI UKAS