Ahli Parlimen Lubok Antu Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina

SABTU, 28 JANUARI 2023

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Rumah Kapitan Corina Tay di sini pada Sabtu.

Ia adalah bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina 2023 sekaligus menyantuni rakyat di kawasan Lubok Antu.

Rumah terbuka itu turut dihadiri penduduk setempat daripada pelbagai agama dan bangsa.

Roy berkata, program ini dapat dapat mengeratkan hubngan dan mengukuhkan perpaduan rakyat setelah menghadapi pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

add comment