Kaunter Bergerak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Lubok Antu Terima Sambutan Hangat

SABTU, 28 JANUARI 2023

LUBOK ANTU: Kaunter Bergerak Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menerima sambutan menggalakkan di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu, pada Sabtu.

Berucap pada majlis perasmian kaunter bergerak itu, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata, beliau memohon program sedemikian harus diteruskan supaya semua ahli JHEV tidak ketinggalan mendapatkan bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan.

Untuk rekod, kaunter bergerak berkenaan dibuka bagi kemasukan ahli veteran baharu, mengemaskini kad ahli veteran baharu, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pendaftaran Sri Kandi. -EDISI UKAS

add comment