FORFAM XIPHOS & AXIRN ESPORTS Muncul Juara Kejohanan ESports Sadong Jaya Qualifier 2023

ISNIN, 30 JANUARI 2023

SADONG JAYA: FORFAM XIPHOS dan AXIRN ESPORTS muncul juara bagi Kejohanan ESports Sadong Jaya Qualifier 2023.

Simbolik penyerahan hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo.

FORFAM XIPHOS yang merangkul johan bagi kategori PUBG MOBILE manakala AXIRN ESPORTS memenangi kategori Mobile Legend masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM700 berserta piala.

Semasa berucap, Aidel Lariwoo berharap agar kejohanan ini mampu untuk mengangkat semangat dan memotivasikan belia terutamanya anak jati Sadong Jaya dan boleh meningkatkan ekonomi penduduk serta dapat  bersosial dalam keadaan yang positif dan sihat.

“Saya berharap agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk mempromosikan Sadong Jaya kepada orang luar secara keseluruhannya,”katanya.-EDISI UKAS

add comment