Kukuh Kerjasama Antara Kerajaan & Masyarakat Melalui Media Massa Elektronik

SELASA, 31 JANUARI 2023

SRI AMAN: Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohd Porkan Abang Budiman menerima kunjungan hormat daripada agensi berkaitan pengurusan media rasmi kerajaan, di pejabat beliau pada Isnin.

Mengetuai kunjungan tersebut ialah Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sri Aman, Zaidil Ripin.

Perjumpaan lebih kurang sejam itu membincangkan beberapa perkara bagi mengukuhkan kerjasama antara pihak kerajaan dengan masyarakat melalui pendekatan media massa elektronik.

Zaidil menyatakan harapan agar kerjasama strategik di antara agensi kerajaan, sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bahagian ini menghasilkan impak yang tinggi terhadap pembangunan Sri Aman bukan sahaja dalam aspek fizikal malah pembangunan sahsiah.

Kunjungan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Residen Bhagian Sri Aman sebagai tanda kenang-kenangan.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Safariza Bujang, Pegawai Penerangan Daerah Lubok Antu Juing Ullie, Ketua Penerbit Rancangan RTM Sri Aman Senah Ukong, Penolong Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Jessica Gilbert dan pegawai pegawai kanan dari ketiga-tiga agensi terlibat.-Edisi UKAS

add comment