Premier Sarawak Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri Di Kapit

RABU, 1 FEBRUARI 2023

KAPIT: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri di Kompleks Kerajaan Negeri di sini, pada Rabu.

Antara lain agenda mesyuarat diadakan menyentuh mengenai prestasi pelaksanaan projek khususnya di Bahagian Kapit.

Taklimat disampaikan oleh Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut dijadualkan mengadakan lawatan ke Projek Pembinaan Bangunan Pejabat URDA.

Beliau turut menyerahkan sijil pelantikan baharu ketua-ketua masyarakat di Bahagian Kapit.

Hadir sama Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah,  Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Dato Gerawat Gala, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bagik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Residen Bahagian Kapit Galong Luang serta ketua- ketua jabatan kerajaan. -Edisi UKAS

add comment