Pelajar SM Pei Min Persembah Tarian Singa Di Pejabat Daerah Beluru

JUMAAT, 3 FEBRUARI 2023

MIRI: Sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Pei Min, Miri telah berkunjung ke Pejabat Daerah Beluru pada Khamis untuk membuat persembahan Tarian Singa bagi menghargai kakitangan berbangsa Cina di pejabat berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023.

Setibanya di Pejabat Daerah Beluru, mereka disambut oleh Pemangku Pegawai Daerah Beluru Marliney Igil serta kakitangan yang lain serta diiringi Ketua Kaum bagi Kampung Cina Pekan Beluru Kapitan Houng Soon Hi.

Tarian Singa tersebut juga diharapkan dapat membawa berkat kepada warga pejabat di daerah Beluru. – EDISI UKAS

add comment