Naiktaraf Jalan Kubur Ulu Sebiro Dimasukkan Dalam Senarai Projek RTP DUN Ngemah

ISNIN, 6 FEBRUARI 2023

KANOWIT: Projek menaiktaraf Jalan Kubur Ulu Sebiro akan dimasukan dalam senarai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Ngemah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana beliau komited untuk membantu menaiktaraf jalan tersebut yang anggaran jaraknya satu kilometer.

Katanya, pelaksanaan bagi projek ini akan dibuat selepas mendapatkan pandangan daripada agensi teknikal yang berkaitan.

Beliau berkata demikian semasa meluangkan masa menghadiri program gotong-royong bagi membersihkan Jalan Kubur Ulu Sebiro pada Ahad.

Program yang dianjurkan oleh JKKK Ulu Bawan itu turut disertai oleh wakil penduduk daripada 11 buah rumah panjang dari kawasan Ulu Bawan.

Dalam ucapan ringkasnya, Anyi mengucapkan tahniah kepada JKKK Ulu Bawan kerana telah mengambil inisiatif bagi membersihkan Jalan Kubur Ulu Sebiro, Bawan.

Beliau juga turut menyeru agar JKKK memainkan peranan mereka dengan lebih aktif.

Manakala Tuai Rumah pula perlu memainkan peranan mereka sebagai jambatan antara rakyat dengan pihak wakil rakyat serta agensi kerajaan.

Turut hadir wakil Majlis Daerah Kanowit Kaunselor Cliff Unting, Pengerusi JKKK Ulu Bawan Tuai Rumah Jimbat dan Bendahari PRS Bahagian Ngemah Dunstan Mandau. – EDISI UKAS

add comment