MBM Sokong Pembangunan Bola Sepak Di Miri

SELASA, 7 FEBRUARI 2023

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) optimis dalam menyokong perkembangan sukan bola sepak khasnya di Miri. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar MBM Adam Yii Siew Sang, fasiliti padang bola sepak yang baik di sini menjadi penyumbang kepada peningkatan prestasi masyarakat setempat dalam sukan tersebut.  

“Oleh itu, saya amat berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Persatuan Bolasepak Bahagian Miri untuk membincangkan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian terutamanya melibatkan penyediaan padang dan fasiliti latihan yang menepati piawaian bola sepak moden,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Kejurulatihan Bolasepak Lesen D FAM 2023 di Miri pada Isnin. 

Dalam pada itu, Adam menaruh harapan agar bandaraya Miri dapat menjadi hub untuk program pembangunan bola sepak di Sarawak amnya selain menjadi pilihan utama untuk kursus-kursus berkaitan acara sukan itu pada masa akan datang. 

Turut hadir Ketua Koordinator Kursus Lesen D Mohamad Saif Bin Hi Jubaidi, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Abdul Ajis Kon Mohamad Ghazali Ismail Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Miri Ariffin Bin Mohamad dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Miri Melissa Ogang. -Edisi UKAS

add comment