Ibu Tunggal Terima Sumbangan Mercy Malaysia, Sarawak

JUMAAT, 10 FEBRUARI

BETONG: Seorang ibu tunggal, Atikah Kamis dari Kampung Tambak, Pusa di sini yang kematian suaminya telah menerima sumbangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mercy Malaysia, Sarawak.

Penyerahan bantuan pada Khamis telah disempurnakan oleh Salim Sabian yang mewakili Pengurus Mercy Malaysia Sarawak, Diana David Itang.

Sumbangan berupa makanan asas seperti susu, beras, gula, minyak masak serta lampin pakai buang itu bertujuan untuk meringankan beban mereka.

Atikah yang berusia 30 tahun, kini tinggal bersama ibu dan empat orang anaknya, Mohammad Syahfedzul (15 tahun), Afia Syarifa (10 tahun), Muhammad Arif Amirullah (7 tahun) dan Arfahana Faeqa (7 bulan) amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan mereka.

Sehubungan itu, beliau amat bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan tersebut.

Dalam pada itu, Salim berharap agar lebih banyak pihak NGO yang lain turut menyumbang bantuan kepada keluarga Atikah. -Edisi UKAS

add comment