SABTU, 11 FEBRUARI 2023
SELANGAU: Ahli Dewan Negara Senator Rita Sarimah Patrick Insol menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM15,000 kepada pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Arip, Selangau.
Penyerahan geran MRP itu adalah sempena penganjuran program Mesra Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sukaneka SK Ulu Sungai Arip pada Khamis.
Progam berkenaan juga bertujuan mengumpul dana bagi tabung sekolah bagi membiayai aktiviti sekolah tersebut.
Pada sebelah malam pula diadakan pertandingan pakaian etnik yang dimenangi oleh Chrystcella Sambun Atan, manakala bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh Herikson Antas.
Majlis pada malam itu turut diserikan lagi dengan persembahan kesenian dari para pelajar SK Ulu Sungai Arip.
Turut hadir, Yang Dipertua PIBG SK Ulu Sungai Arip; Hai Lingga, Pemangku Guru Besar SK Ulu Sungai Arip; Daut Berasap, Guru besar SK Sungai Bawang; Salih Lidam, Penghulu Lasit Bajing serta tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS