SABTU, 11 FEBRUARI 2023
LUNDU: Kepentingan ilmu pengetahuan adalah signifikan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, ini kerana pelbagai aspek dalam kehidupan mementingkan ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui pendidikan formal mahupun pengalaman hidup.
Sehubungan itu katanya, para pelajar harus terus patuh kepada ibu bapa serta guru dalam mendisplinkan diri serta ilmu yang diperoleh juga mendapat keberkatan.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Aliran Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Billy turut menasihati para pelajar untuk tidak mudah berputus asa dalam mengharungi pembelajaran.
Dalam program sama, beliau juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada pihak sekolah serta menyampaikan Anugerah Pengetua SMK Lundu kepada tiga pelajar cemerlang sekolah berkenaan.
Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Kuswady Chil. -EDISI UKAS