Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SK Paku Central Spaoh

SABTU, 11 FEBRUARI 2023

BETONG: Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu meluangkan masa merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi Persekolahan 2022/2023 SK Paku Central, Spaoh. 

Majlis ini telah diadakan di SK Paku Central, Spaoh pada Jumaat bermula jam 2 hingga 4.30 petang. 

Turut hadir ialah Pemangku Guru Besar SK Paku Central Edward Enggu Linggong dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Spaoh Lister Clement Guwie.

add comment