KHAMIS, 16 FEBRUARI 2023
BINTULU: Seramai 150 kontraktor telah menamatkan Program Transformasi Kontraktor Minyak & Gas Sarawak (PTKS) Sesi 02 yang dibarisi penceramah dan panelis minyak dan gas yang berpengalaman dan profesional.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh berkata, pihak kerajaan negeri memberi
penghargaan khas kepada Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) kerana bekerjasama dengan agensi kerajaan, pemain industri, persatuan perdagangan dan rakan antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan dan pertumbuhan industri minyak dan gas Malaysia.
“Pengalaman MPRC pastinya berguna untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) saya terutamanya dalam usaha mereka menerbitkan Rancangan Tindakan Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas Negara (OGSE) 2021-2030.
“Saya berharap MINTRED dan MPRC dapat bekerjasama untuk Pelan Tindakan Industri syarikat Minyak dan Gas versi Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Transformasi Kontraktor Minyak dan Gas Sarawak (PTKS) Sesi 02 di Hotel NU Bintulu pada Rabu.
Jelasnya lagi, beliau gembira melihat Suarah Petroleum Group (SPG) dan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) telah menjalinkan hubungan dan kerjasama yang kukuh antara mereka.
“Usaha mereka menganjurkan Seminar dan Pameran Minyak dan Gas (SOGSE) pertama Sarawak yang diadakan di Miri pada 13-13 April 2019 masih segar dalam ingatan persaudaraan Minyak dan Gas di Sarawak.
“Saya berharap untuk acara serupa akan dianjurkan oleh SPG DUBS pada masa hadapan dan saya boleh memberi jaminan kepada anda tentang sokongan MINTRED untuk acara tersebut,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan cadangkan SPG dan DUBS mempertimbangkan supaya SOGSE 2023 diadakan dan tumpukan kepada peluang ‘hiliran’ untuk minyak dan gas Sarawak.
Turut hadir, Naib Presiden DUBS Datuk Abdul Kadier Sahib, Pengerusi DUBS Bintulu Udie Entigar, Pengerusi SPG Abang Iskandar Abang Muas dan Setiausaha Agung DUBS Negeri Jazamin Dior.-EDISI UKAS