ADUN Pelawan Serah Dokumen Pelantikan Semula Kapitan Cina

KHAMIS, 16 FEBRUARI 2023

SIBU: Seramai dua individu menerima dokumen pelantikan sebagai Kapitan Cina yang baharu, manakala seorang lagi individu menerima pelantikan semula di Pejabat Daerah Sibu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Micheal Tiang Ming Tee berkata, lantikan semula selama setahun itu melibatkan Kapitan So Teck Kee yang berusia 67 tahun.

Katanya, masyarakat di bawah jagaan kapitan berkenaan adalah di sekitar Jalan Merdeka, Jalan Oya, Jalan Berjaya dan Pearl Garden.

“Manakala bagi dua orang kapitan baharu, kedua-dua individu tersebut ialah Kapitan Ling Hua Wee berusia 41 tahun dan Kapitan So Teck Kee, berumur 67 tahun,” katanya ketika melakukan penyerahan dokumen pelantikan Kapitan di Pejabat Daerah Sibu pada Rabu.

Kapitan Ling akan mentadbir penduduk di kawasan Jalan Merdeka, Meritam, manakala Kapitan Ling menjaga masyarakat di Deshon Barat.

Micheal Tiang menambah, kapitan baharu dilantik itu akan berkhidmat selama empat tahun. -EDISI UKAS

add comment