ADUN Pelawan Serah Sijil Pelantikan Semula Kapitan Cina

KHAMIS, 16 FEBRUARI 2023

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Micheal Tiang Ming Tee telah melakukan penyerahan sijil lantikan semula kepada Ketua Kaum (Kapitan Cina) di Pejabat Daerah Sibu pada Rabu. 

Penyerahan sijil lantikan telah disaksikan oleh  Pegawai Tadbir, Pegawai Daerah Sibu, Salehah Hid.

Dalam majlis itu, seramai dua orang menerima lantikan baru dan seorang lantikan semula.

Lantikan semula selama setahun bagi Kapitan So Teck Kee (67 tahun) di kawasan bidang kuasa Jalan Merdeka, Jalan Oya, Jalan Berjaya dan Pearl Garden dari tahun 2023-2024. 

Manakala bagi dua lantikan baru Kapitan Ling Hua Wee (41 tahun) di kawasan bidang kuasa Jalan Merdeka, Meritam dan  Kapitan Lau Sei Kwong (51 tahun) di kawasan bidang kuasa Deshon Barat berkuatkuasa dari Januari 2023 sehingga 31 Disember 2027 selama empat tahun.-EDISI UKAS

add comment