Prasarana SK Sungai Sentebu Terus Dinaik Taraf

KHAMIS, 16 FEBRUARI 2023

SARIKEI: Prasarana di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sentebu akan terus dinaik taraf bagi memastikan warga sekolah berkenaan menikmati kemudahan yang sempurna.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, menerusi prasarana yang lengkap ia sekaligus memberi keselesaan kepada para guru dan murid-murid di sekolah tersebut.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berikrar akan terus berusaha untuk menaik taraf prasarana di sekolah berkenaan.

“Memang banyak lagi perkara-perkara yang harus kita lihat, bagaimana kita hendak membangunkan sekolah seperti SK Sentebu ini.

“Saya lihat daripada pelbagai sudut untuk kita meningkatkan keselesaan guru-guru dan murid-murid di sekolah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis aspresiasi SK Sungai Sentebu dan perasmian dewan sekolah tersebut pada Khamis.

 

Tambah beliau, dewan tersebut telah dibina semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini telah siap sepenuhnya bagi kegunaan warga sekolah.

Bagaimanapun katanya, proses penambahbaikan akan diteruskan seperti penyambungan elektrik serta penyediaab kemudahan lain.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei Sharif Omar dan Guru Besar SK Sungai Sentebu Rugayah Nawawi. -Edisi UKAS

add comment