KHAMIS, 16 FEBRUARI 2023
KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Jalan Serandong, Perpat ke Paloh dan Batang Maro sepanjang 15 kilometer telah sedia untuk ditender dan sedang ditentukan hala tuju baharu pelaksanaannya.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perolehannya juga akan diputuskan dalam masa terdekat.
“Projek Membina Jalan Serandong, Perpat, Paloh dan Batang Maro, Bahagian Betong, Sarawak akan dilaksanakan dengan kos sebanyak RM117.0 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli dalam Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Ujarnya lagi, skop projek ini adalah membina dan menaik taraf jalan sepanjang 9.5 kilometer dengan spesifikasi JKR R2, jalan sepanjang 4.5 kilometer dengan spesifikasi JKR R1 serta dua buah jambatan konkrit. -EDISI UKAS