Sesi Taklimat Bincang Isu Di DUN Kabong

KHAMIS, 16 FEBUARI 2023

KABONG: Beberapa permasalahan yang sering berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dibincangkan dalam sesi taklimat dan soal jawab bersama agensi berkaitan dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir pada Selasa itu turut menjadi ruang diskusi serta libat urus isu yang dibangkitkan.

Menurut Mohd Chee, inisiatif itu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada semua KMKK untuk mengemukakan permasalahan secara terus kepada agensi yang berkaitan. 

Antara agensi yang dijemput ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Saratok (MDS), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Integrated Agricultural Development Area (IADA), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Sarawak Energy 

Beliau juga berharap sesi ini dapat membantu mengurangkan dan menyelesaikan permasalahan yang sering nembelenggu penduduk tempatan. – EDISI UKAS

add comment