Pejabat Daerah Kecil Padawan Anjur Sesi Dialog Maklum Projek Bekalan Elektrik

JUMAAT, 17 FEBRUARI 2023

PADAWAN: Sesi dialog telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Padawan untuk memaklumkan penduduk Kampung Biya Sapit tentang pelaksanaan projek bekalan elektrik pada Khamis.

Kerajaan Sarawak telah meluluskan Projek Bekalan Elektrik Kampung Biya Sapit yang bakal dilaksanakan pada tahun ini dan akan memanfaatkan 84 buah rumah di kampung tersebut.

Sesi dialog itu bertujuan memaklumkan dan mendapat kesepakatan serta persetujuan pelaksanaan projek tersebut yang melibatkan kawasan penduduk Kampung Biya Parang dan Kampung Biya Assum.


Dalam pada itu, pemilik tanah di kawasan-kawasan tersebut menuntut agar tuntutan pampasan tanah bagi pembinaan jalan Kampung Biya Sapit dibayar terlebih dahulu sebelum projek bekalan elektrik dijalankan.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kuching Sopie Jebal, Pegawai Tadbir, Julius Scott Sapong dan Keron Mapus, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim, Pemanca Raymond Jihap serta wakil Jabatan Tanah dan Survei dan Sarawak Energy Bhd. -EDISI UKAS

add comment