Penduduk Rumah Jebat Kini Miliki Kediaman Baharu

JUMAAT, 17 FEBRUARI 2023

STALUN: Penduduk di Rumah Jebat Talak, Kampung Stalun di sini berterima kasih kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh kerana merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah baharu yang lebih selesa dan selamat.

Ini selepas rumah panjang yang mereka diami terlibat dalam kejadian kebakaran pada tahun 2019.

Rumah panjang itu dibina menerusi  Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kuala Rajang berjumlah RM700,000.

“Syukur, kini kita ada rumah panjang baharu walaupun mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

“Rumah panjang ini dibangunkan dengan peruntukan yang sedia ada dan banyak kemudahan-kemudahan lain yang perlu,” ujarnya ketika menyaksikan majlis penyerahan projek siap di Kampung Stalun pada Khamis. 

Dalam masa sama, Datuk Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang telah memperuntukkan dana sebanyak RM250,000 bagi membaiki ban dan pintu air yang rosak sehingga menyebabkan kemasukan air masin ke kawasan tanaman penduduk.

Katanya, kerja-kerja pemulihan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Mukah kini sedang dijalankan.

Beliau juga sempat berkongsi mengenai dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sentebu yang bernilai RM300,000 telah siap dibina.-Edisi UKAS

add comment