96 Peserta Terima Bantuan Peralatan Nelayan

SABTU, 18 FEBRUARI 2023

IGAN: Seramai 96 orang peserta telah menerima bantuan input peralatan perikanan nelayan anjuran Jabatan Pertanian Daerah Matu. 

Antara yang terlibat dari Kampung Igan adalah 64 orang nelayan darat dan 32 orang nelayan laut. 

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya yang diadakan di Pejabat Pertanian Daerah Kecil Igan pada Jumaat. 

Keseluruhan peruntukan tersebut berjumlah RM192,000 di mana setiap nelayan diperuntukkan sebanyak RM2,000. 

Justeru itu, para penerima amat gembira dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan serta berjanji akan menggunakan segala kelengkapan ini sebaik mungkin untuk menambah pendapatan mereka. 

Turut hadir Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad dan Pegawai Pertanian Daerah Matu Timothy.-EDISI UKAS 

add comment