Pembinaan Semula SK Sungai Tisang Berjalan Lancar

SABTU, 18 FEBRUARI 2023

BINTULU: Pembinaan blok Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tisang di sini berjalan lancar dan dijangka siap tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Dato Majang Renggi berkata kemajuan pembinaan sekolah berkenaan telah mencapai 90 peratus setakat bulan Februari 2023.

Katanya, blok pentadbiran empat tingkat itu merangkumi ruang pejabat guru dan guru besar, tandas guru lelaki dan perempuan, ruang pusat sumber dan ruang bilik sains SK Sungai Tisang.

Beliau menjelas demikian semasa mengadakan lawatan Tapak Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif di SK Sungai Tisang pada Jumaat untuk melihat kemajuan kerja projek pembinaan semula blok pentadbiran empat tingkat sekolah tersebut. 

Katanya, prasarana lain termasuk blok bilik darjah empat tingkat yang terdiri daripada 12 ruang bilik darjah dan tandas untuk murid lelaki & perempuan. 

Turut dibina sebuah bangunan sokongan yang merangkumi blok rumah pam air, blok dewan terbuka, laluan pejalan kaki berbumbung dan juga longkang konkrit selebar satu meter. 

Namun, melalui pembentangan oleh Guru Besar SK Sungai Tisang Richard Jale, bangunan prasekolah akan mengalami banjir ketika hujan ekoran daripada bangunan baru yang dinaikkan telah membuatkan bangunan tersebut berada di kedudukan yang rendah. 

Justeru, beliau memohon agar longkang yang sedia ada dinaiktarafkan bagi membolehkan air tidak bertakung di kawasan sekolah tersebut setelah siap kelak dan sentiasa dipantau pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengelakkan proses pembinaan mengikut masa dan pelan asal yang telah dirancang. – Edisi 

add comment