SABTU, 18 FEBRUARI 2023
SONG: Unit Keselamatan dan Penguatkuasa Sarawak (UKPS) telah melakukan bancian anjing di kawasan DM Bangkit di empat buah penempatan yang dihubungi menggunakan jalan darat.
Mereka membuat bancian dengan mengira jumlah anjing yang dimiliki oleh penduduk di setiap penempatan tersebut serta merekodkan jumlah anjing liar.
Bancian dilakukan pada 16 hingga 17 Februari itu bertujuan untuk mengetahui jumlah anjing yang perlu divaksin dan anjing liar yang perlu dihapuskan.
Bancian berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya atas kerjasama penduduk tempatan. – EDISI UKAS