Geran Sejumlah RM559,000 Diperuntuk Kepada 167 Penerima Di Petra Jaya

AHAD, 19 FEBRUARI 2023

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof telah memperuntukkan geran sejumlah RM559,000 di bawah Peruntukan Projek Khas kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid dan Surau di kawasan Petra Jaya.

Difahamkan, geran tersebut dimanfaatkan untuk sebanyak 81 JKKK, 57 surau dan 29 masjid dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, DUN Samariang dan DUN Satok. 

Geran tersebut diperuntuk dengan tujuan untuk membantu penerima melaksanakan aktiviti tahunan seperti mesyuarat, program gotong royong dan ceramah.

Dalam pada itu, satu Program Serahan Geran Tahunan kepada para penerima peruntukan telah diadakan di sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Ir Irwan Zulkarnain Hasbie dan Pegawai Daerah Kuching Sofhi Jebal. -EDISI UKAS

add comment