SABERKAS Platform Asah Bakat & Kebolehan Anak Muda

AHAD, 19 FEBRUARI 2023

BINTULU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) boleh dijadikan sebagai platform untuk mengasah bakat dan kebolehan anak muda.

Setiausaha Agung SABERKAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafie Ahmad berkata, platform seumpamanya penting kerana golongan muda akan menjadi pelapis kepada pucuk kepimpinan di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Selain memberi peluang pekerjaan, kita juga memberi peluang untuk belia melanjutkan pelajaran. Ini kerana kerajaan banyak menyediakan peluang tersebut.

“Untuk mana-mana belia yang belum berjinak dengan SABERKAS, anda dialukan untuk menyertai pertubuhan ini,” katanya semasa berucap dalam Karnival Kerjaya dan Pendidikan Anjuran SABERKAS di Bintulu pada Sabtu.

Difahamkan, seramai 788 belia telah berkunjung ke karnival setakat jam 1 petang Sabtu untuk terlibat sama serta mendapatkan perkhidmatan kerjaya dan pendidikan yang berkaitan.

Hadir sama ialah ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming. – EDISI UKAS

add comment