AHAD, 19 FEBRUARI 2023
KUCHING: Yayasan Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) Kali Ke-14 2023.
Dalam temasya kali ini, Yayasan Sarawak memperolehi 12 pingat emas, 9 pingat perak dan 3 pingat gangsa yang telah menyumbangkan sejumlah 95 mata.
Tempat kedua diungguli oleh Yayasan Sabah dengan 2 pingat emas, 7 pingat perak dan 8 pingat gangsa yang telah menyumbangkan sejumlah 51 mata.
Manakala, tempat ketiga pula disandang oleh Yayasan Johor dengan 5 pingat emas, 7 pingat perak dan 8 pingat gangsa yang telah menyumbangkan sejumlah 44 mata.
Seramai 1,131 orang atlet daripada 13 Yayasan Negeri telah mengambil bahagian dalam 15 jenis sukan yang dipertandingkan.
Temasya ini melabukan tirai setelah 10 hari berkampung di Kuching mulai 10 hingga 19 Februari 2023.
Penganjuran Pesaya seterusya bakal diadakan di Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan sebagai tuan rumah. -EDISI UKAS