Projek BALB Bahagian Sibu & Mukah Dalam Peringkat Pelantikan Perunding

RABU, 22 FEBRUARI 2023

KUALA LUMPUR: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kawasan Sungai Arip di bahagian Sibu termasuk Ulu Baoh dan Sebakong di bahagian Mukah kini dalam peringkat pelantikan perunding oleh Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan bagi projek tersebut dijangka dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada April 2023.

Menurutnya, ia bagi menjalankan kajian dan membuat reka bentuk projek sebelum kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan lisan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta di Dewan Rakyat pada Rabu.

Edwin sebelumnya bertanya mengenai status terkini projek BALB di bahagian Mukah yang telah diumum pada tahun 2020.-Edisi UKAS

add comment