Selesaikan Jurang Perbezaan Negeri Maju Dan Kurang Maju

KHAMIS, 23 FEBRUARI 2023

KUALA LUMPUR: Isu perbezaan jurang antara negeri yang maju dan kurang maju di Malaysia perlu diselesaikan dengan segera lebih-lebih lagi sejajar dengan 60 tahun penubuhan Malaysia.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau menggesa Kerajaan Perpaduan yang berasaskan kepada Malaysia Madani menangani isu yang telah sekian lama wujud ini dengan segera.

Beliau berkata, “Saya ingin mencadangkan agar pihak yang bertanggungjawab dapat merangkakan satu strategi yang khusus supaya isu-isu asas seperti infrastruktur, jalan raya, klinik dan sekolah ini dapat diselesaikan peringkat demi peringkat dalam masa yang terdekat.

“Kawasan saya iaitu kawasan pedalaman di Sarawak masih menagihkan pembangunan untuk sekolah daif, klinik yang uzur, jalan raya yang berlubang, dan lain-lain.”

Katanya Usul Menjunjung Kasih & Titah Diraja semasa Persidangan Parlimen pada Selasa.

Justeru, Dato Anyi berharap kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim akan mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini meskipun memakan masa yang agak lama. -Edisi UKAS.

add comment