SABTU, 25 FEBRUARI 2023
LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang telah menyerahkan bantuan pemulihan bencana bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan akibat kejadian kebakaran Rumah Bujang yang berlaku pada 25 Januari lepas.
Bantuan yang disalurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang itu diagihkan dalam satu program penyerahan yang diadakan di Gereja St Stephen, Rumah Bujang, Rantau Kiran di sini pada pagi Jumaat.
Difahamkan, bantuan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM298,800 dengan jenis bantuan merangkumi bantuan-bantuan wang saku, pakaian harian, pakaian sekolah, peralatan sekolah, peralatan dapur dan juga bahan binaan yang diperlukan.
Sehubungan itu, bantuan berkenaan diharap dapat dimanfaatkan oleh mangsa-mangsa untuk membantu proses pemulihan serta meneruskan kelangsungan hidup. -EDISI UKAS