Majlis Apresiasi Pentadbiran Bahagian Bintulu

SABTU, 25 FEBRUARI 2023

BINTULU: Pentadbiran Bahagian Bintulu telah mengadakan sebuah majlis apresiasi bersempena dengan penutupan Audit Perlaksanaan SPK ISO 9001:2015 di Peace Garden Restaurant di sini pada Jumaat.

Menurut Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, majlis ini untuk menghargai para auditor dan juga semua proses owner yang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas mereka.

Selain itu, majlis turut diadakan sebagai perhargaan kepada pegawai yang akan berpindah tugas iaitu Timbalan Residen Bahagian Bintulu Husaini Hakim  dan Calvin Ligong.

Dalam pada itu, Nyurak turut merakamkan ucapa tahniah kepada mereka yang akan berpindah tugas ke jawatan baru.

Beliau turut mengingatkan kakitangan di Bahagian tersebut agar bersedia untuk berpindah dan ia juga akan memberikan lebih banyak pengalaman dan pengetahuan.

Majlis makan malam ini dihadiri kira-kira 100 orang kakitangan pentadbiran bahagian Bintulu.

Hadir sama Pegawai Daerah Sebauh William Mangoi dan Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan .-Edisi UKAS

add comment