SELASA, 28 FEBRUARI 2023
SELANGAU: Majlis serah tugas oleh Penolong Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong kepada Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian telah diadakan di sini pada Isnin.
Calvin Ligong telah dilantik sebagai Pemangku Pegawai Daerah Bukit Mabong yang baharu bermula 1 Mac 2023.
Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan mengucapkan tahniah di atas pelantikan Calvin dan percaya beliau mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepadanya untuk mengetuai sebuah daerah baru.
“Perpindahan beliau adalah merupakan satu keperluan yang sangat mendesak yang memerlukan seseorang yang berkebolehan dan juga berkemahiran serta mempunyai ilmu pengetahuan untuk menguruskan sesuatu daerah yang baru,” ujarnya.
Tambah Jabang, “Saya percaya bahawa saudara Calvin mempunyai satu kebolehan untuk memimpin dan mengetuai daerah tersebut, apatah lagi dahulunya beliau pernah bertugas di Daerah Bukit Mabong apabila daerah tersebut baru diwujudkan.”
Turut hadir Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin. -Edisi UKAS.