RABU, 1 MAC 2023
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, projek Pembinaan Gantian Penuh 28 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu, Daro telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) Rolling Plan 2 (RP2) Tahun 2017.
“Iklan tender telah dipelawa pada 19 November 2022 dan status projek ini berada di peringkat penilaian tender oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
“Projek dijangka untuk dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) pada 30 Mac 2023 dan kerja pembinaan di tapak akan bermula pada pertengahan bulan April 2023,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi pada persidangan Dewan Rakyat, pada Selasa. -EDISI UKAS