Sediakan Insentif Untuk Terus Kembangkan Industri Lada

RABU, 1 MAC 2023

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus menyediakan geran dan insentif kepada pihak swasta untuk terus memperkembangkan industri lada.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin berkata, insentif berkaitan boleh membantu pihak swasta untuk berkecimpung dalam industri tersebut secara besar-besaran.

“Negara kita pernah menjadi pengeluar lada terbesar dunia, namun pada hari ini kita jatuh ke tangga kelima.

“Rombakan dan strategi baharu perlu diperkenalkan dengan segara agar industri ini berkembang semula kerana lada Sarawak merupakan lada terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Belanjawan 2023 dalam Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Datuk Willie turut berharap agar kawasan Sabah dan Sarawak terus mendapat projek-projek pembangunan untuk memajukan lagi kedua-dua negeri.

“Ini termasuk kawasan saya di Parlimen Puncak Borneo,” tambahnya lagi. -EDISI UKAS

add comment