Datuk Ding Lawat Lokasi Kejadian Tanah Runtuh Di Sekitar Meradong

SABTU, 4 MAC 2023

MERADONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bersama disertai Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei pada Jumaat turun padang meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh.

Antara kawasan yang dilawati adalah Rumah Jimbai, Sg Pidi, Rumah Semambu, Jalan KJD Bintangor, Rumah Lium dan Tabika Kemas Skim B Meradong.

Hasil tinjauan mendapati keadaan tempat tinggal dan pembelajaran kanak-kanak amat membahayakan serta tidak selamat untuk diduduki oleh penduduk rumah panjang.

Dalam hal ini, Datuk Ding turut berharap tuai rumah memainkan peranan penting jika berlaku lagi kejadian Tanah runtuh dengan memastikan penduduk rumah panjang segera keluar dari kediaman buat sementara waktu demi keselamatan diri masing-masing.

Beliau juga menyeru tuai rumah dan penduduk rumah panjang agar peka dengan keadaan semasa bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. – EDISI UKAS

add comment